
NEW LOGO FOR e-BooN MEMBERS.
Posted by pudeen on April 3, 2009

NEW LOGO FOR e-BooN MEMBERS.
Posted in WELCOME | 1 Comment »
Posted by boontaqs on May 12, 2009
Asslamualaikum ,
apa khabar usahawan-usahawan emall??
xTreMe HebAt….
tahniah kepada sume orang yang telah bangkit mahu mengubah diri mereka. disini saya mahu berkongsi sedikit ilmu yang telah saya dapat melalui INSAN TERHEBAT pada hari ahad lepas di salah satu restoran di s.alam.
dalam hidup kita hari ini terdapat byk tenaga yang perlu kita ketahui , ini sume berkaitan dengan Law Of Attraction sebenarnye..
bermula dengan isi yang pertama . dalam perjalanan mengharungi rintangan dan dugaan hidup ini kita harus lah mengerti yang kita perlu tahu akan 3 tenaga yang sedikit sebanyak membuat diri kita terleka kadang-kadang terpesong dari landasan yang disediakan tuhan yang Esa..
Tenaga yang pertama :-
Tenaga DOA . apa itu doa? yang kita sedia maklum adalah doa adalah senjata untuk umat islam.tapi sejauh mana senjata itu kita praktikkan kedalam kehidupan kita agar kehidupan kita dihari-hari akan datang sentiasa tenang dan bersedia menrima cabaran??
Doa seperti yang di kongsi kan , doa kita perlulah jujur pada diri n jujur pada tuhan kerana tuhan maha mengetahui segala apa yang kita fikirkan. contohnya kalau kita berdoa untuk mendapat kesejahteraan tetapi dalam keadaan yang sama hati kita ade rasa ragu2 akan dapat kah kita mendapatkan kesejahteraan itu?? disitu kiita ternyata dan jelas sudah menafikan bahawa Allah adalah maha Mengetahui. contohnya kalau kita meminta kawan karib kita sejumlah duit yang agak byk dan kita memberitahunya secara terang-terangan ang die tu mmg tak mampu nak bagi kita jumlah yang kita minta itu..apakah tuan2 pikir tindakan kawan karib kita…?? memang sah die takkan bagi punye!!! tetapi lein pula dengan yang maha Esa , dialah maha pemurah maka kalau kita ade terlintas dalam hati ketika berdoa itu , memikirkan bahawa permitaan kita itu dikabulkan ke tak kerana kita ini jahat? ini juga telah menafikan bahawa Allah maha Pemurah..kite renung kembali org bukan islam meminta kepada tokong , gereja , mereka yakin dan konfiden yang mereka akan dapat.Allah maha pemurah dan rezeki nya melimpah ruah . die akan bagi kepada hambanya yang meminta kepada nya….so jgn hasitate jika hendak meminta…..
Tenaga Yang Kedua :–
Tenaga Bersabar .
tenaga bersabar adalah seperti yang berikut , jika kita ditimpa musibah , kita selalu diingatkan supaya bersabar , dan reda dengan apa yang telah kita dapat. itu adalah sabar yang kurang bijak. bersabar dimana jika kita menerima sebarang dugaan , kita harus lah bersabar dan terus berusaha untuk memajukan diri kita sendiri.
dugaan diberi kerana untuk menaikkan darjah hidup kita dari satu darjat yang lama ke darjat yang baru misallannya :
kita hari ini telah menjadi lepasan PMR , jika lepas dengan jaya nya kita dapat meneruskan ke SPM , so darjat kita akan diangkat dari PMR ke SPM. tetapi dugaan tuhan bukan lah yang nyata semuanya…ia adalah untuk memastikan bahawa hamba Allah semua berusaha untuk mengubah diri , dan berusaha memajukan diri dari yang lama ke baru .
Tenaga yang Ketiga :-
Tenaga bersyukur
tenaga bersyukur ini adalah tenaga yang banyak orang kita susah nak buat dengan perfeknya…hehe..saya pon tak terkecuali tetapi saya still berusaha untuk memerfekkan diri…
tenaga bersyukur dimana kita perlu bersyukur jika mendapat musibah ataupon nikmat.tapi semuanya sebenarnya adalah nikamt sbenarnya. ini kerana , Allah tidak membebankan hambanya dengan dugaan yang tidak layak untuk hambanya harungi…dugaan yang kita dapat adalah dugaan yang setimpal n layak untuk kita dapat..
kita sentiasa kena bersyukur ke atas apa yang kita dapat….
insyallah kita dapat amal kan …OK!!!
Posted in 1 | 1 Comment »
Posted by boontaqs on May 2, 2009
Mereka adalah orang yang sentiasa mensia-siakan peluang yang diberikan, Mereka sedar akan peluang tersebut dan kehebatan peluang tersebut. Golongan ini pada hakikatnya tidak ada apa yang dilakukan samaada bekerja atau sebagainya. Selesa dengan kesenangan yang orang lain berikan. Semoga kita mohon kepada ALLAH semoga di jauhkan diri manusia yang begini.
Mereka adalah orang yang hanya melihat peluang yang hebat berlalu begitu sahaja. Kebiasaannya orang ini adalah orang yang bekerja. Mereke mudah berasa selesa dengan kehidupannya sekarang.. Dengan kata nama lain cukup-cukup makan.. Golongan ini adalah golongan yang paling ramai.
Mereka adalah orang yang sentiasa mencari dan mencari peluang untuk memajukan diri sendiri. Tahu akan kekurangan yang dimiliki dam berusaha untuk merubah kehidupan dia dan keluarganya.
Mereka adalah orang yang tidak mensia-siakan peluang, orang yang tidak membiarkan peluang berlalu begitu sahaja dan juga bukan orang yang mencari peluang TETAPI golongan ini adalah orang yang mewujudkan peluang. Bukan sahaja untuk diri sendiri TETAPI ianya turut memberi manfaat kepada orang yang berada di sekelilingnya. Insan sebegini memang sukar untuk ditemui.
Posted in 1 | Leave a Comment »
Posted by boontaqs on April 30, 2009
Posted in 1 | 1 Comment »
Posted by boontaqs on April 6, 2009
Pada 6hb april , jam 9.30malam. Aku telah dikejutkan dari tidur yang amat lena. aku ditampar , disimbah air , dikejutkan dengan dahsyat sekali hinggakan aku terbangun dan mengenal lagi tentang kehidupan didalam dunia ini. Aku tetap bersyukur , kerana tetap diberikan peluang oleh YANG SATU untuk teruskan kehidupan yang bagaikan mimpi buruk bagi Umat Yang Terpilih ini.
Alhamdulilah aku disedarkan kembali dan dihalakan ke arah jalan yang benar. Tamparan yang hebat aku rasai. oleh 2insan yang dihantarkan oleh allah kepada ku untuk menegur kesalahan aku , yang selama ini aku sentiasa mencari-cari akan kegelisahan hatiku. Akhirnya alhamdulilah aku dikejutkan oleh sahabat dari kaum hawa aku sendiri.
Aku yang selama ini memikirkan yang bahawasanya aku sudah cukup lengkap dengan ilmu . AKU SILAP . Ternyata telahan aku dalam diri ini ternyata omong kosong. Ternyata ilmu allah lebih luas. Ternyata aku ini lemah dan tidak sempurna , alhamdulilah aku ucapkan tulus ikhlas kepada allah kerana aku telah disedarkan pada masa ini . aku takut aku ditegur pada masa aku telah lupa akan tujuan asal ku di bumi ini.
KHALIFAH. erti khalifah adalah memakmurkan dunia ini dengan “amar makruf nahi mungkar”. Tetapi terkadang kita manusia alpa dan terlepas pandang akan perkara tersebut. aku sedar aku sekarang ini sedang mengejar dunia melebihi akhiratnya , ternyata Keindahan yang ku kejar adalah hanya untuk kehidupan duniawi , TETAPI!! , adakah Kita sedar akan persepsi dunia sekarang ini . Memang tidak di nafikan ada orang menyatakan bahawa WANG bukan segala-galanya , Tetapi adakah kita sedar apa yang akan terjadi jika kita tidak mempunyai WANG . satu tanda tanya besar untuk individu yang bersikap terlalu kolot menyatakan ini hanya lah duniawi dan bukan ukhrawi.
Selama bulan lepas berlalu , hatiku berbisik dan menyatakan bahawa ada kecacatan didalam hidupku ini . aku tidak tenang untuk bualan lepas , aku banyak didatangi dugaan – dugaan yang perit dan sangat2 menguji diri ku ini . jatuh tersungkur tiada sokongan dan dipandang hina di khalayak . Bahkan Keluarga aku sendiri menegurku pada bulan lepas. aku gelisah . aku tidak tenang sekarang , aku mencari dimana kesilapanku . ternyata pada malam ini baru ku sedar bahawa aku ini bukan lah robot , aku hamba yang lemah .
Aku dengan Tulus ikhlas menyatakan bahawa aku ingin meminta maaf akan kesilapan aku yang tempoh hari aku lakukan , aku mahu menjadi seorang ketua yang membantu orang yang dibawah naungan aku ini. aku tidak boleh terima kesilapan ini , tetapi kesilapan ini menjadikan aku lebih tabah mengharungi liku-liku perjalanan hidup ini.
Aku berterima kasih kepada mana-mana pihak yang sudi menegur aku . dan menambahkan lagi pengalaman dalam perjalanan menjadi usahawan e-Dagang yang berjaya.
“Tidak ada Gunung Yang tidak Dapat ku Daki , Tidak ada Lautan Yang Tidak dapat ku Harungai , Jika Aku Menanamkan Dalam Diriku Perlu mencuba dan terus mencuba , walaupun berkali-kali tersungkur”
“Kegagalan Aku hari ini Bukan Bermakna Kehidupan Harus Dihentikan , KU Mengambil Segala Kegagalan dan Kekalahan KU pada HARI INI , SEBAGAI BATU LONJATAN untuk KU Terus Dihadapan”
“Merenung sejenak zaman Rasullulah , Merenung kembali , bahawa baginda adalah kekasih ALLAH , akan Tetapi , Walaupun Beliau Mengetahui hal Tersebut Beliau Terus Melakukan amal Ibadat , dan yang paling penting Beliau melakukan Kumpulan beliau , dengan bantuan para sahabat . ini adalah diantara matlamat untuk menyebarkan idealogy ke pelusuk dunai dan berjaya menawan nya hingga ke hari ini , sebutan al-quran tetap sama dan hurufnya tidak diubah . “
“Kumpulan , Grouping , Networking , satu makna berbeza olahan nya . Tetapi Kita tidak menyedari akan kehebatannya . “
Jatuh bangkit kembali perkara biasa , dan menjadi lumrah seorang Hamba Yang istimewa , yang diberi takhta KHALIFAH.
sekian ,
Wasalam.
Posted in Members discussion | 3 Comments »
Posted by aminzul on April 2, 2009
semoga dengan ada nya medium sebegini , dapat lah kita bersama2 mengejar impian masing2.
cukup sekadar ini dahulu coretan dari amiz. semoga bertemu kembali . insyaallah .
Posted in Members discussion | Leave a Comment »
Posted by boontaqs on April 2, 2009


Assalamualaikum ,
Welcome to all leader , members and freshmen. Thank you for viewing our official site to exchange opinion althought we split apart around Malaysia . i think this is the way that we can stay put together.
Ahlan wasahlan To all and hope can give more critical thinking to me to improve our blog and site.
SALAM
Posted in WELCOME | 5 Comments »